Tuesday, October 23, 2012

Hari Kediaman Terbuka

Bilik rehat yang asal berwarna 'pink'.... warna 'pink' membuatkan bilik rehat menjadi kecil dan gelap pada siang hari. tetapi aku selaku AJK keceriaan mengambil keputusan untuk membuat satu perubahan pada sentosa dan bagi kaum adam yang tinggal di kolej kediaman.
 Adib banyak membantu aku dalam menyiapkan semua kerja-kerja untuk mengecat. selain itu, Zami, Sani, Nik, Furu, Ceerah, munir, abg amir dan ahli kojel kediaman yang lain juaga banyak membantu melicinkan kerja-kerja akhir untuk mencantukan kediaman sentosa.

 Inilah hasil selepas dicat dengan warna krim  dan hijau..suasana bilik rehat menjadi cerah dan luas..sangat memberi keselasaan pada pengunjung bilik rehat.

 tetapi ini bukan lah hasil yang sebenar, banyak lagi yang perlu dihias dan di kemaskan.


 Akhirnya kolej kediaman sentosa menang bilik rehat tercantik dan tandas tercantik...ini adalah hasil usaha semua
 kami semua bergambar dengan En. Yusri buat kali terakhir kerana warden kami nie, akan berpindah keluar dan mulakan hidup yang baru...dan kami mungkin akan mendapat  warden yang baru


 Nielah hadiah-hadiah kemenangan keseluruhan yang digondol oleh kolej kediaman sentosa antara kediaman aman dan damai. lagi pun aku gembira bila melihat abg zepi, hafiz, mizi dan abg omar gembira, walaupun ini adalah tahun yang terakhir bagi mereka.
KEMENANGAN untuk SENTOSA
KEMENANGAN untuk SEMUA
KEMENANGAN untuk LELAKI

Thursday, October 4, 2012

Foam Craft

Comelkan...ini semua aku yang buat, tapi guna barang Wawa.. terima kasih kerana memberi aku pe;uang untuk menghabiskan barang-barang crafts ko.
 DOMO
 CRAZY ROBOT
 CHOCOLATE PHONE
 SWISS ROLL
 SANDWICH
ini bukan untuk tempahan..tapi kepuasan bagi aku, kerana hasil daripada daya kreatif  dan sumbang saran kawan-kawan

Sunday, September 30, 2012

Berikan Aku Sedikit Rurang

Aku manusia biasa yang perlukan ruang untuk bersendirian. Ruang itu akan aku manfaatkan untuk memperbaiki diri dengan menguruskan emosi yang tidak menentu. kadang kala aku bersendiri bukan untuk menjauhkan diri daripada alam yang nyata, tetapi adalah bagi memberi ruang untuk aku berfikir antara benar dan salah  atau antara baik dan buruk sesuatu itu. Berilah aku ruang untuk aku menghirup ketenangan dalam liku-liku kehidupan. Berilah aku ruang  bukan untuk disisihkan daripada kehidupan. Kadang kala mungkin ada yang berpendapat aku beremosi ketika aku mendiamkan diri. Aku diam kerana memikirkan adakah tindakan aku selanjutnya pasti atau hanya hayalan semata-mata. Aku diam munking kerana terasa di hati. berilah aku ruang untuk aku membetulkan kehilafan diri, kerana RUANG memberikan ketenangan pada diri KU.

Friday, September 28, 2012

ARCA IKAN

1. Acuan arca ikan yang dibuat daripada kad board dan tanah liat serta die bentuk dengan menggunakan alat khas.


2. Setalah itu, tuangkan bancuhan plaster of paris kedalam acuan tersebut dan di biarkan kering seketika.

3. Setelah arca, kering keluarkan daripada acuan tersebut dan bersihkan daripada tanah liat yang melekat pada arca. (HASIL)
 4. inilah padahnya jika tidk berhati-hati dalam pengurusan....adoiiiii mati la aku... SEDIHHH

Wednesday, September 26, 2012

Malu Pada Kebenaran


Apabila aku diajukan satu soalan yang agak cemas, ingin saja untuk mengelak daripada menjawab.
'Persoalannya perlukah aku terus lari daripada masalah'
"Kalau kita tidak berkehendakan masalah, jangan kita mencipta tunas masalah (Adib 2012) "
 tanpa aku berlengah, lantas aku berdiri untuk menjawab dengan sejujurnya.

"Daus berikan pendapat tentang Usrah dan penambah baikkan", Si x
" Maaf cakap laa, saya sebenarnya  dah lama tidak menghadirkan diri ke program Usrah", kata Daus
Tambahan lagi "Program ini bosan dan Naqib juga membosankan", Daus.

lantas aku duduk semula dan berfikir ' Apa yang aku katakan tadi '. Si x pun berkata aku seorang yang berani  dengan kata-kata, manakala aku pula beranggapan bahawa aku sudah membuka pekung di dada.
Apabila direflekkan semula aku patut malu dengan diri sendiri, bahawa masalah ini berlaku disebabkan hal yang dicipta oleh aku sendiri.

'SIKAP TIDAK MAHU MENDEKATKAN DIRI PADA HAL-HAL YANG MEMBERI FAEDAH PADA DIRI SENDIRI'

padan muka kaw mohamad firdaus ishak...hahahah

Tuesday, September 25, 2012

Berswaspada Berkata-kata

'Lebih baik kita jangan berkata-kata sesuatu yang kita tidak tahu, biar orang beranggapan bahawa kita ini adalah bodoh'
'Daripada kita berkata-kata sesuatu yang kita tidak tahu akan kebenarannya, dan orang beranggapan sememangnya kita ini adalah bodoh'

( ELEANOR TAN )

NyaNyauw Ip Man Junior

Nama diberi adalah ip man, nama pelik ini diberi oleh Sipoot atau Pootlens nama pada karyanya. Aku adalah anak kucing yang terbuang, dan di ambil sebagai anak angkat oleh jejaka-jejaka J.6. Aku sangat petah untuk bermain tanpa mengenal siapa yang menghampiriku. Aku jaga gemar akan belaian daripada mereka.

Aku juga HILANG...HILANG mencari haluan (mohamad firdaus ishak merana) Arggggg
Ip MAn, daus sayang kaw