Wednesday, September 26, 2012

Malu Pada Kebenaran


Apabila aku diajukan satu soalan yang agak cemas, ingin saja untuk mengelak daripada menjawab.
'Persoalannya perlukah aku terus lari daripada masalah'
"Kalau kita tidak berkehendakan masalah, jangan kita mencipta tunas masalah (Adib 2012) "
 tanpa aku berlengah, lantas aku berdiri untuk menjawab dengan sejujurnya.

"Daus berikan pendapat tentang Usrah dan penambah baikkan", Si x
" Maaf cakap laa, saya sebenarnya  dah lama tidak menghadirkan diri ke program Usrah", kata Daus
Tambahan lagi "Program ini bosan dan Naqib juga membosankan", Daus.

lantas aku duduk semula dan berfikir ' Apa yang aku katakan tadi '. Si x pun berkata aku seorang yang berani  dengan kata-kata, manakala aku pula beranggapan bahawa aku sudah membuka pekung di dada.
Apabila direflekkan semula aku patut malu dengan diri sendiri, bahawa masalah ini berlaku disebabkan hal yang dicipta oleh aku sendiri.

'SIKAP TIDAK MAHU MENDEKATKAN DIRI PADA HAL-HAL YANG MEMBERI FAEDAH PADA DIRI SENDIRI'

padan muka kaw mohamad firdaus ishak...hahahah

No comments:

Post a Comment