Sunday, September 30, 2012

Berikan Aku Sedikit Rurang

Aku manusia biasa yang perlukan ruang untuk bersendirian. Ruang itu akan aku manfaatkan untuk memperbaiki diri dengan menguruskan emosi yang tidak menentu. kadang kala aku bersendiri bukan untuk menjauhkan diri daripada alam yang nyata, tetapi adalah bagi memberi ruang untuk aku berfikir antara benar dan salah  atau antara baik dan buruk sesuatu itu. Berilah aku ruang untuk aku menghirup ketenangan dalam liku-liku kehidupan. Berilah aku ruang  bukan untuk disisihkan daripada kehidupan. Kadang kala mungkin ada yang berpendapat aku beremosi ketika aku mendiamkan diri. Aku diam kerana memikirkan adakah tindakan aku selanjutnya pasti atau hanya hayalan semata-mata. Aku diam munking kerana terasa di hati. berilah aku ruang untuk aku membetulkan kehilafan diri, kerana RUANG memberikan ketenangan pada diri KU.

No comments:

Post a Comment